Bubur Pulut Hitam
My Style My Way
1 kilo pulut hitam ( anggaran - direndam semalaman )
1 buku gula melaka ( jika ingin lebih manis boleh ditambah gula pasir )
1/2 mangkuk kecil santan cair
Secubit garam
Air secukupnya
Dua helai daun pandan
**1 mangkuk kecil santan pekat ( utk diletak atas bubur semasa menghidang )
Sedikit air dan garam
Caranya
Cuci pulut sehingga bersih.
Masukkan pulut dan daun pandan ke dalam periuk
Rebus dengan air secukupnya sehingga empuk
( tambah air dr masa ke semasa bila perlu )
Bila dah hendak empuk masukkan gula melaka
Masak sehingga gula cair
Masukkan santan cair dan garam
Jika bubur anda cair, letakkan air bancuhan tepung jagung utk memekatkannya
Matikan api sedia dihidang
** Utk santan bahagian atas
Masak santan dengan garam & sedikit air
Biarkan ia reneh sebentar
link sini : http://networkedblogs.com/iRiFf
No comments:
Post a Comment