Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Friday, October 29, 2010

AKU DAH KAHWIN.

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ku juga benar-benar cinta padamu,

Dan kumenangis bila dirimu melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)


p/s : sedih x??alahaiiii...rasanya menda cam nieh akan terjadi utk kedua2 kaum hawa n adam ke hawa je??

slalunya kalo kita ada rasa s0mething wr0ng s0mewhere,mesti ada s0mething yg kita xtau..s0..renung2kan dan selamat beramal.. (",

Tuesday, July 20, 2010

VERSI TERBALIK..part 1

cerita dr last baru la ke permulaan..apa da...salah upl0ad..but then,bia lah..apa aku kesah..blog aku kan..kahkahkah..
p0se bagai nak rak..hahaha..padahal masa tuh panas ya ampun la..sun block pakai ka xpakai ka sama ja..len lah kalo kulit mmg xreti nak hitam,xreti nak burn..cth terdekat si dia..kahkahkah..

this is shuha shuhi =)

si dia =)

si dia lagi =)

lg skali.. =)

pasang nating kat kawasan batas sayuran gr0up aku.. di ladang kongsi UPMKB,Sarawak..

pakat2 isi air nak menyiram..c0mei2 kan tukang siram p0wn..ngee3

chyna,bergaya sakan wal0 ke ladang..yg lain bz angkat2 tanaman..chyna,nak gambar dr kamu punya cam..da xsabar..hahaha..

bersama2 menggilakan diri dengan ahli kumpulan ladang aku..
yeahh!!!

iklan c0lgate jap..haha..aku n k0j0k..
ketua blok F dan ketua blok H..

cr0c aku yg c0mei turut turun padang okess..=)
ngeee3..

bersama2 membanting tulang buat batas..cangkul jgn xcangkul...

letih b0leh rehat..sbb kami bukannya buruh kasar nak kena buat keja non-st0p..setuju kan kawan2???hehehhe

yeahhh..aku buat2 rajin dpn cam..haha..(wal0p0wn sbnrnya aku mmg se0rg yg rajin)...kahkahkah..

LDK dalam taklimat rawatan cemas..
wif puan mei yin n qibah..

sedih kot kalo bet0l2 jd cam nieh..sapa nak suapkan???
si dia kah??kahkahkah...

hah,ini apa plak..layan sajalah...

ari aku n geng2 c0smate pakai baju k0rp0rat jabatan masing2..
aku ngn kak eni p0sing maut sket..(masyaAllah,depan rezeki p0wn sempat lg..)
hehehe

acti0n paling berani..berani mati kutu..kahkahkah..berani kot aku pakai pink terang cenggini..ahh,baju aku,ada aku kesah org nak ckp apa..kahkahkah

2nd day kursus kalo xsalah..hahaha..kat dewan taklimat bagunan HEP,UPMKB,Sarawak..
nanti aku p0stkan lagi ea..

p/s : pic2 nieh suma dr f0n aku..opppss,hanya dr f0n aku..f0n org lain bel0m lagi..cam chyna bel0m lagi..b0b0 p0wn bel0m lagi..ha,sapa2 sajalah yg ada cam,tgulah,aku nak serang k0rang..nak amek gamba2 kita..chewahhhhhhhhhh!!!

sekian,aku tangguhkan dulu part 1 kita..
daaaaaaa

salam sayang,
shuha shuhi
dan K

kahkahkah,tiba2..

Wednesday, June 16, 2010

pejuangku cedera

salam..
dear bLog..
u.....aku nak cite sal my mr. x nieh..
sambungan epis0d entry nieh sini

salam..
dear bLog..

hmm,apa dah jd ea dgn dia (Mr. X) yg g kursus ke sabah utk wat latihan penerbangan udara??
selamatkah dia??
cedera kah dia??
sihat kah dia??
mcm mana lah dia skang??
adakah aku dpt lg mendengar gelak tawanya yg begitu galak??
hmm..

nantikan next entry b0ut him..

missing u,
shuha shuhi

hmm,aku ringkaskan cite jelah..dia cedera sket kat pergelangan kaki..masa buat pendaratan ada kesilapan teknikal sket..adalah lagi 4,5 org yg sama kes ngn dia..n alhamdulillah,suma selamat..xdak yg cedera ter0k atau p0wn yg meragut nyawa..huhu..lega sgt..chewahh..yelah..sepat0tnya xleh bhubungan..maksud aku masa latihan tuh xleh nak call2 org luar..tp tiba2 dpt panggilan..kul 4 pagi lak tuh..xke hairan..ntah berita apalah yg aku nak terima pagi2 buta nieh..huhu..n yg terkejut skali xsangka dapat dengar suara dia..fuhh,hilang ter0s ngnt0k aku tau (gedik sket)..dia kat wad h0spital di0rg lah..dia bgtau dia terseliuh..hmm,xkan la terseliuh sket da kena tahan wad kan..ter0k la jugak tuh..sbb tulang dia ada lari sket..but its ok..dia KUAT..hehe..i kn0w u!! chewahh.. n dia dpt MC..sbb dpt kecelakaan/kecederaan time latihan..n dat day jugak dia di hantar balik ngn pesawat di0rg ke semenanjung..ari tuh jugak la adik n mak dia dr kedah dtg amek kat KL..mlm tuh ckp lg..(itu sebab lah aku b0leh tau)..hurm..dia nieh pelik sket..jenis xsuka makan ubat..haishh..mcm budak2..awak tuh dah tua..(tua lah sgt)..b0leh dia buat2 mkn ubat..tipu mak ea..cubit kang baru tau..hehe..

aku ugut dia.."mkn lah ubat..kalo awk xmakan ubat maknanya awk xsayang kat sy...".."hmm,yelah yelah sy mkn la ubat tuh.."..bkali2 jugak la dia xm0 xm0 xm0..last2 ayat tuh aku dpt..YES!!! berjaya!! hahaha..awak2,mudah sgt cair eh..hah,lg 1..aku mmg da ckp kat dia s0h st0p sm0king..n bila dia jmpak d0c p0wn d0c s0h dia st0p sm0king..hahaha..AGAIN!! berjaya!!!! mcm tuh la..tau d0c ckp pe?? "awak nak hidup lama ke x??dah la awk ada semput..bek awak berenti mer0k0k.."..hahaha..n alhamdulillah..dia dah bhenti mer0k0k..n nafas dia dah xsesemput dulu..chewahhh..bagus la..itu 1 perubahan yg baik..bykkan minum air masak..bila dah sampai kampung,2hari xcontact..sebabnye??

sebabnye dia xt0pup kdt f0n..n mmg dia malas nak t0pup p0wn..slama nieh dia call pakai cara dia la..besalah nk id0p kan..n selama tuh juga la dia p berubat kampung..dia xsuka ubat tablet..but air2 dia ok..selama 2hari tuh jugak lah aku merana..haha..JIWA KACAU BEB.. haha..bukan aku jek..dia p0wn sama upanya..sanggup call dr h0spital..pastuh siap kena marah ngn org sebelah katil (pesakit jugak la)..sanggup lagi kuar g tempat yg xganggu org..ngn kerusi roda tuh..sbb time tuh baru jd kan..nak jalan mmg susah sgt..sangat2 susah..siann..b0leh nek gila nieh..

hah,lupa lak nak gitau..masa dia all at that time yg dia d0k h0spital itu hari,dia ada ckp nak anta ter0s r0mb0ngan dtg umah aku..nak ikat ter0s..ishh,dah nek minyak kah dia nieh..dia ckp dia mesti dpt cuti n then dlm masa dia cuti tulah nak uruskan semuanya sal kami..(kami lah plak..haha)..aku nieh dgn terkejut n xdpt terima kenyataan..ter0s2an men0lak perancangan gila dia tuh..ishh3..aku dah la tgl lagi seminggu jek kat umah nieh..itu plak yg dia cakapkan..mmg xsenang duduk lah aku kees0kkannye..nak gtau mak or x..tp aku pikir2 balik..xleh jd..sbb nanti mesti punya org akan ckp,um0 remaja..besalah..tau ek0t kata hati ja..haha..ok fine,kita TUTUP sat cerita pasai tuh..sbb aku dah putuskan dah apa kesudahannya perancangan GILA dia tuh..haha..opsss,dah2..k0rang tgu n lihat ja k..(saja wat suspenss sket..hehe)

ok..my f0n xde lah nak dgr deringan dr no yg dia slalu call tuh..selama?? selama 2 HARI...ya..2 HARI!!

n sampai lah mlm td..dia call again..fer da 1st time after 2 ari xcontact..hmm,1st sbb dia MALAS NAK TOPUP..2nd sbb dia G BERUBAT LAM KAMPUNG..3rd sbb dia punya FON MASOK AIR DAAAAA..sape s0h mandi xchek p0ket..sukasuki ja men terjun..haishh..

ok,td kami sembang punya sembang sampai la ke subuh..lama tuh kan..tp ada gak time dia ada keja,kena hang up dulu la..n he'll call back..xdalah sembang papa sgt p0wn..kebanyakan apa yg disembangkan berkaitan dengan hal2 kerja dia..BADANG DIA..eh tak tak..dia mmg badang p0wn..hehe..cite BIDANG DIA lah..n spt biasa aku xtau pape pasal kerja dia..tau sket2 jek lah..n ada lah part yg agak interesting..b0th of us dah tukar panggilan..haha..wal0p0wn xde relati0nship pape..saje nak bg rapat2kan ukhwah..haha..but he said dat he 'l0p' me haha(segan seyh nak sebut..aku buat simb0l sudeyh..haha)

dia masih dlm cuti s0,sembang gebang kami akan di sambung semula mlm nieh..pehhh..lagi??LAGI??
YEAH..bila sembang xpenah puas..okek!! TAK PERNAH PUAS!! hahaha..td p0wn masa nak hang up..byk nau alasan..awak letak dululah..awaklah..sy xnak lah..haishhh..berbulu t0l dua2 ek0r nieh..haha..
macam2..bila dgn dia kalo xckp p0wn aku b0leh senyum..kalo ckp lagi lah..SAMPAI KE TELINGA!! hahaha..
aku nieh kalo menaip mmg susah sket nak brenti..ini aku dah c0ver dua bab..haha..

dah2,bersurai..

wif 'lop',
shuha shuhi

Friday, May 21, 2010

DI SINI ADA 3 SOALAN...

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?”Pemuda bertanya.

“Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama.

“Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Pemuda.

“Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”

Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.

“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu.

Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”.

“Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau.

Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”.

Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!”

“ Tak boleh”, jawap pemuda.

“Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”.

“Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?”

“Tidak” jawab pemuda.

“Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”.

“kulit”. Jawab pemuda.

“Pipi anda diperbuat dari apa?”

“ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”.

“Sakit.” Jawab pemuda.

“Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.

Wednesday, May 19, 2010

per0t terkejut???!!!

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

0nce again,banyaknya makan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

OMG!!!!!

banyak sgt dah snack(bukan snake ya tuan2 dan puan2..sy masih waras..byk lagi ayam dan udang yg b0leh di telan..) mas0k lam per0t nieh...
haiyahhhhhhhhhhh....

dok saja makan...dok makan saja...dok saja makan...arghhhhhhhhh!!!!
tensi tensi...sabaq la per0t oi...
hahahaha
walop0wn baru ja sudah makan...
n0w!!!

baru sudah makan...
5.30 pagi...
el0k sudah ja aku basuh pinggan di dapur,ter0s mencacakkan diri mas0k ilik n make dis entry...
uwaaaaaaaaaaa............... =(
sahur la weyh...
igt aku da ilang akal kah every h0urs nak makan???
hahahaha
tp b0leh jd jugak kan...
hehehehehe

apa yg aku da sumbat lam per0t nieh???
start dr pagi 19/05/10

10.30 pagi
bagun2 ter0s makan snack..munchy's muzic...ala,wafer cubes yg perisa hazelnut tuh...makan bape ketul ntah...(kan dia cubic size...)...pas2,makan ubat...mmg timing dia dah...(dia=ubat)
hahahahahaha...pas2,pelahap 1/2 biji telur g0reng yg ada lam bungkusan nasi pagi tuh,telur g0reng je okeh...(lam nasi bungkus tuh ada nasi,ayam g0reng seketul,telur g0reng separuh n sambal..ala2 nasi lemak la gak..abah yg beli b4 dia 0utstati0n..)...selebihnya aku bungkuskan balik..hahahaha..xr0sak la weyh..igt aku ter0k sgt ke hah???
pas2 adik aku balik mkn la...dia sgt baik..sbb habiskan makanan kaklongnyer..hahaha..thx adik!!!!

pas2,mas0k balik bilik...layan katil..tetttt..hahaha...ter0k2...tgah hari adikku pulang dari sekolah...(dari kota p0wn b0leh jugak) hehehe..dia mkn makanan aku..n ask me,apa nak di makan lg...what??? da makan p0wn tnya lagi...per0t cap st0king bet0llah...hehehe...ntah mcm mana,aku layan lagi katil..tetttt..hahaha..pas2,adik aku bg cite V3 samseng jalanan..cite farid kamil tuh habaq hang..hagagaga..(dah terikut ngn salah satu watak tuh habaq hang...) ngee3...
layan punya layan,mak aku balik dr skolah,then ajak mkn pasemb0r kat depan..mkn2....makan2...hahahaha..then mak ajak aku kuar beli apa yg patut..ikan kah,ayam kah,sayur kah..kat padang sera..mati2 aku igt ada pasar mlm..upanya gerai biasa yg mmg slalu jual stuff like dat..hehehe..barang basah la..hisyyy...

aku pakai cantik n0h habaq hang..hahah..kain yg ketat dah longgaq..hahaha...cheq suka cheq suka...ngee3..ok,ter0ver plak kat cnieh..

beli2..balik umah n mak ckp buat la cucuq ikan..apa tuh???
ikan yg di saluti dgn tepung n bahan rahsia..hahaha
kalo org pantai timur slalu lah buat cam nieh..bet0l kan???(sapa yg org sana,bet0lkan kalo salah k)..so,mkn lah cucuq ikan a.k.a. ikan g0reng tepung mlm tuh..2 ek0r 0keh..n aku plak buat murtabak megi..erk..sedap tau habaq hang...aku masak,mesti lah aku cakap sedap..xcaya tnyalah Font sizeadik aku..ngeee3...pas2 mkn buah manggis sket..beli kat padang sera td..then,mkn snack munchy's muzic lg..hahaha...pas2 mkn ubat...then..mas0k bilik tg0k m0vie,chatting,faceb00king,tagging,myspacing..hahaha...n blogging..n xtd0 ya tuan2 dan puan2 ini mlm..sampai lah kul 2.30 pagi,bagun makan ubat..nak ilangkan sakit,mesti mau ikut masa maaa...hehehe..pas2,kul 4.40 pagi,celapak aku p bilik mak..n then tnya nak p0sa dak?? ter0s aku bgegas ke dapur..nak buat nasi g0reng..tp dah prepare sket buat sayur campur utk aku makan..konon2,xm0 mkn nasi la kan..(bajet!!!)..dah siap nasi g0reng then aku buat sayur campur utk aku...sgt sedap bau n rasanya..
nasi dah depan mata..owh mak,sedapnya kaklong tg0k nasi nieh...mak aku s0h mkn sket..aku p0wn tanpa segan silu p mkn nasi g0reng yang sedap tuh...(angkat bakul kejap)..0whhhh tidakkkkkkkk!!! aku makan nasi..xpa2,sahur kan..so,sehari aku xleh mkn kan..ok lah,aku mkn nasi...dgn lahapnya..(sgt xs0pan)..lama gila kot xmkan nasi sebegitu rupa..huhuhuhu
tp xdilupakan..aku minum k0pi diet (ok2,bukan k0pi die,but diet k)aku...hahahaha...s0,segala macam nieh akan kembali stabil...

suma nieh gara2 aku dah tau berat aku skang brapa..konon2,sgt berasa menser0n0kkan hati bila dah tau berat sebenar xseperti yg di sangkakan..h0h0h0h0000000rayyyyyyy!!!!
jadi aku telah menjadi manusia yang lupa diri..makan tidak henti-henti...aduhhhhhhhhh...owh nafsu makanku...tlglah kawal sikit okeh...

nak capai target kan???
nak capai berat ideal kan???
haaaaaaa!!!! inilah masanya...lupakan yg sedap2...
(ceh,padahal baru sudah melantak nasi g0reng yg sedap gebushhhhhhh gebusshhhhhh tuh!!!!)
ok2...insaf ya shuha shuhi...
plezzz...insaf lah anda sekarang...
ya..aku kena disiplin lagi...haiyak...padahal,mcm dah ada ura2 yg aku akan tumbang sepanjang hari...hahahaha..sbb kurang td0 okeh...bukan terlebih td0..tp aku cuba lah ya...cuba utk mendisiplinkan diri n pemakananku...wakakakaka..(sikit punya skema daaaa)

nak pakai baju cantik kan????
TER0SKAN USAHA ANDA NURUL SHUHADA BINTI ROZI...
chaiy0kkkk2!!!!

kami (k0rang yg baca bl0g n all my supp0rterssssssssssss) yakin anda b0leh shuha!!!!

oke3,maceh2...aku c0ba..'c0ba kau c0ba'...haiyakkkk..ting,ket0k sket kpala tuh...

n utk pgetahuan k0rang yg baca entry aku yg sakit tuh..thx d0akan aku k..n0w im getting better...d0k mkn ubat n kurangkan aktiviti yg bisa memudaratkan..(eceh,minah ind0n sesat plakss)

dah,xm0 melalut panjang..

p/s:pada rakan blogger yg baca entry niehn sesape jek yg baca,plezzzzzzzzzz...dr0p la kata2 semangat kat aku sket...
uhuk3...sian bah sama aku...nda sapa peduli..(ecececehhh,ok2,aku dah mula melalut...)

salam diet
shuha shuhi ha hu hi

Monday, May 17, 2010

saya tak sihat cikgu!!!!

saya xsihat utk mengarang di blog ini buat seketika..

doakan saya sembuh n dpt tau apekah jenis penyakit nieh..
amin...

p/s:harap2 xla seter0k yg di sangkakan..huhuu
ujian dariNya..ada hikmah di sebalik suma nieh..





salam sayang
shuha shuhi

baby ucuk & me

baby ucuk & me
love each 0ther

:: my ucuk & me ::

Agak2 bila si shuhashuhi nie akan capai target berat badannya??

~~titipan CINTA sampai nanti sampai MATI~~'s Fan Box

CHUBBY GIRL'S BUFDAY