Friday, April 16, 2010

cara2 nak tau s0me0ne dah ada balak/awek 0r bl0m..

Katakan la Hangpa ada kenal seseorang, yang Hang Pa minat sangat-sangat...
Hang Pa suka gila kat dia nih.
Tapi suka-suka pun, kalau ‘si dia’ tu dah ada awek/balak buat apa kan?
Buang karan jer! Dak gitu?

Jadi Hang Pa Taw dak camna cara mudah nak pastikan ‘si dia’ tu dah ada balak/awek ke tak?
Takkan la nak terus tanya direct ja macam ni ;

“Eh awak dah ada balak/awek tak?” "agak2 bila kita bole couple??"

hah..! Tak segan ker? Ada BRAN ker nak tanya macam tu?
Mungkin ada yang berani tanya secara direct macam tu...
Tapi CEK rasa Lam bebanyak kita nie, memang segan/malu nak tanya macam tu kan?

Maka di sini, Cek ingin perturunkan kepada Hang Pa teknik mudah untuk check
sama ada seseorang itu dah ada yang berpunya ke tak...

Ooritee, Panjang Citenya… jeng jeng jeng :

1-Pi La Jumpa dan berbual-bual dengan ‘si dia’ tu dulu...

2-Mula-mula tanya khabaq dan sembang jer la apa-apa pun...

3-Pastu, dalam masa Hang pa menyembang tu, cuba selitkan soalan macam ni ;

“Eh…awak kalau hari cuti, selalunya buat apa ek?”

4-Kemungkinan besar jawapan yang akan diberikan adalah seperti ;

“Saya selalu pi shopping” / “Jalan-jalan” dan sebagainya.

5-Haaa masa tulah hang pa kena bagi soalan cepu emas pada dia ;

“ ooo yer ker, pi jalan-jalan/pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker? "

P/S:*Sila tanya dengan spontan dan bersahaja*

6-Atau kalau dia bagi jawapan macam ni ;

“Takde buat apa-apa pun, just dok kat umah jer” / “Tengok TV kat umah sepanjang hari”.

Haa kalu jawapan yang macam ni, hang pa cuba tanya macam ni pulak

“Laa takkan la terperok kat rumah jer, tak keluar jalan-jalan ngan ‘ehem ehem’ ker?”

P/S:*Sila tanya secara spontan dan bersahaja.*

7-Bila dah tanya soalan yang macam tu, pastu hang pa senyum je la menantikan jawapan/respon yang diberikan....

8-Tumpukan perhatian betul-betul pada respon yang dia berikan dan cuba tengok cara dia jawab soalan tu. Kerana di sinilah kunci untuk hang pa mengetahui sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum.?

*Melalui pengalaman cek dan teman seperjuangan la kan, dengan cara dok tanya soalan yang macam tu, kita sudah boleh mengagak bahawa dia tu dah berpunya ke tak. ha la, dengan hanya berpandukan jawapan/respon yang diberikan saja, sudah cukup untuk kita mengagak ‘status’ seseorang tu. Hasil kajian tak rasmi cek mengatakan 90% agakan yang dibuat berdasarkan respon soalan sebegitu adalah tepat.

*Cuba hang pa buat ujikaji teknik ini pada 2~3 orang kenalan hang pa dulu. Ianya memang memberikan ‘hints’ pada hang pa tentang seseorang tu dah berpunya ke belum.?

*Biasanya kalu ‘si dia’ tu dah berpunya, dia akan senyum tersipu-sipu malu (terutamanya perempuan) apabila di tanya..

“Pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker?”.

Tak pun dia akan jawab direct jer macam ni...

“ haah la, keluar dengan pakwe la apa lagi”.

*Kalau ‘si dia’ tu masih belum berpunya pula, antara jawapan yang biasa dok dengaq ialah ;..

“Emm, saya mana ada pakwe lagi” atau “Mana ade ‘ehem ehem’, saya pi shopping ngan kawan jer la.” Atau “ Dengan ‘ehem ehem’?, saya mana la ada ‘ehem ehem’. Siapa la yang nak kat orang macam saya ni!”

*haa.. kalu Respon yang mantap lak cenggini :..

“Keluar dengan ‘ehem-ehem’?. Saya takda ‘ehem-ehem’ lagi. You la jadi ‘ehem ehem’ I …nak??!!!”.

Masa dengaq jawapan tu, jangan lak dok wat terkezut beruk. Baru taw Ganas tak ganas ‘si dia’ tu. hahaha. Masa tu lak compom nye dok tersengih menggelabah kerana mendapat respon diluar jangkaan tu…hehe.

Haaa apalagi… hang pa ada ‘secret admire’ dak?
Cuba,Try,test la ‘teknik power’ ni untuk check sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum?

Selamat mencuba!

sumber : sini

4 comments:

djambu puadovich said...

cara hang ni mmg power! :P

shUhashUhi said...

p0werrrrrrr rangerssssss!!!hahaha

Mia-Ina said...

pernah kwn cuba tanya camni...tp,lelaki ni kan...kdg2x dah ada awek pun dia leh ckp..

"ala, x salah kan klu hari minggu sy keluar dgn ehem ehem...,"

semestinya ke dia dh berpunya @ tidak? sng cite..susah gak nk detetc...

yg ptg jgn smpai jd mcm kwn akak..kena sound dgn makwe dia...baik punye ayat...oooo pns..pns...

shUhashUhi said...

ooooooooooo...itu suda lebey...hahaha

Post a Comment

baby ucuk & me

baby ucuk & me
love each 0ther

:: my ucuk & me ::

Agak2 bila si shuhashuhi nie akan capai target berat badannya??

~~titipan CINTA sampai nanti sampai MATI~~'s Fan Box

CHUBBY GIRL'S BUFDAY